CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 26, 2010

Cinta Coffee House Bab 4

" Dya tak mau! Tak mau! Tak mau la! Jangan la paksa Dya. Dya tak nak kahwin lagi. Dya nak enjoy dulu umi." kata Dya kepada uminya Tengku Khadijah. " Kau ni dah dekat 26. Elok sangat la tu kahwin masa nie. Kau nak kawin bila Tengku Dya Amirah oi! Umi tengok anak Tengku Raziq tu pun apa kurangnya. Hensem, bergaya, sopan santun. Cukup lengkap Dya. Kau nak enjoy apa lagi? Umi dengan walid kau ni pun bukan muda tapi semakin tua. Kau pun bukan semakin muda juga. Sebelum kami menutup mata, biar la kami dapat bermain dengan cucu-cucu kami dulu." bebel Tengku Khadijah kepada anak bongsunya itu. Dya hanya buat tak dengar je apa yang dikatakan oleh uminya itu. " Ala umi, umi suruh la abang yang kahwin dulu. Baru la Dya." balas Dya selamber kepada uminya. " Kau tak payah sibuk hal abang kau. Dia baru je putus tunang. Biarkan dia dulu. Ish! Budak ni. Kita cakap pasal dia, dia tanya pasal abang dia pulak. Bertuah betul la." marah Tengku Khadijah kepada Dya tapi Dya bersikap acuh tidak acuh je kepada ibunya. Tengku Khadijah sudah tidak larat melayan kerenah Dya, dia terus keluar dari bilik Dya dan meninggalkan Dya begitu sahaja.
" Tengku Zamir Arshad bin Tengku Raziq. Siapa dia? Takkan la mamat tu setuju nak kahwin dengan aku? Ish! Sewel agaknya mamat tu." kutuk Dya dalam hati.


" Tengku Dya Amira binti Tengku Razlan? Siapa tu mama? Tak kenal pun." tanya Tengku Zamir Arshad kepada mamanya, Tengku Rokiah. " Ala, anak Tengku Razlan dengan Tengku Khadijah. Takkan tak kenal?" balas Tengku Rokiah kepada pertanyaan anak terunanya itu. " Tak kenal la mama. Mamaa nak masuk meminang dia untuk Zamir ke?" tanya Zamir kepada mamanya. " Iya lah. Papa kamu pun dah setuju. Cantik budaknya tau." kata Tengku Rokiah." Zamir tak kesah mama. Asalkan mama dengan papa suka. Lagi pun Zamir tak ada calon. Apa salahnya mencuba nasibkan mama?" balas Zamir dengan penuh sopan kepada mamanya, dalam hatinya berkata, " Aku sukakan Dya. Tapi... entah la... Redha je la dengan ketentuan Ilahi."


"Apa?! Kau nak kahwin?" kata Zaid sambil menjerit apabila mendengar berita tersebut keluar dari mulut Zamir. "Hey! Apa hal dengan kau ni. Menjerit-jerit. Perlahankan la suara tu. Nanti ada orang dengar. Aku tak mau benda ni kecoh nanti." beritahu Zamir. "Siapa perempuan yang jadi jodoh kau tu?" tanya Zaid. "Tengku Dya Amira binti Tengku Razlan." balas Zamir selamba. Gulp! Muka Zaid berubah tiba-tiba seperti tiada aliran darah yang mengalir dalam salur darah dimukanya. Mukanya terasa berbahang buat seketika biarpun dalam pejabatnya penghawa dingin sentiasa terpasang. Bukan ke tu nama penuh Dya? tanya Zaid kepada dirinya sendiri. " Eh Zaid, kenapa dengan kau nie? Pucat tetiba je. Kau kenal ke siapa Tengku Dya Amira tu?" tanya Zamir setelah melihat reaksi sahabat baiknya itu." Eh, tak ada apa-apa la. Aku ok jew. Aku.. Er.. Aku.. Aku tak kenal la Zamir." balas Zaid tergagap. " Kau taukan aku sukakan Dya. Tapi.. Entah la.. Tak pe lah Zaid, banyak kerja lagi kat luar tu. Aku keluar dulu. Chow!" beritahu Zamir sambil meninggalkan ruang pejabat Zaid. "Alhamdulillah. Harap-harap mereka ada jodoh." kata Zaid sejurus Zamir keluar dari pejabatnya. Dia berasa gembira kerana bakal isteri Zamir adalah wanita yang sangat dicintai oleh Zamir sendiri. Biar la dia tidak tahu siapa Tengku Dya Amira sebenar. Suatu hari nanti dia akan mengetahuinya juga. kata Zamir didalam hati sambil senyumannya tidak pernah lekang dari bibirnya. Tiada siapa yang tahu nama sebenar Dya dan Zamir. Hanya Zaid seorang saja yang tahu.

me? i'a a VIP!!!