CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 19, 2010

Cinta Coffee House Bab 2

Di tingkat atas, Dya setia  menanti kedatangan bos mereka iaitu Zaid atau nama penuhnya Zaid Imran bin Dato' Zaidi sambil memerhati keadaan bilik Zaid. " Cantik dan kemas juga bilik si Zaid ni. Boleh tahan citarasanya." kata Dya di dalam hati. Tiba-tiba, matanya tertumpu kearah satu bingkai gambar yang berada di atas meja kerja Zaid bersebelahan dengan komputer kerjanya. "Ini ke Nadia Syafiqah? Kekasih Zaid yang dah meninggal dunia tu?" tanya Dya kepada dirinya sendiri. Dya masih ingat lagi pertemuan pertamanya dengan Zaid di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Ketika itu dia baru sahaja selesai melawat kubur arwah neneknya yang sangat disayangi. Ketika hendak keluar dari kawasan tanah perkuburan tersebut, Dya telah terlanggar seorang lelaki yang juga kebetulan mahu keluar dari tanah perkuburan itu. Surah Yasin yang dipengangnya jatuh ketanah begitu juga dengan Surah Yasin yang dibawa oleh pemuda itu. " Eh, maaf. Saya tak perasan tadi" kata Dya. Dya terus tunduk untuk mengambil Surah Yasinnya yang terjatuh. Tiba-tiba...
" Aduh!" serentak dua suara mengaduh. Kepala Dya terhantuk dengan kepala pemuda tersebut yang juga kebetulan tunduk untuk mengambil Surah Yasinnya yang terjatuh sejurus terlanggar Dya.  " Maaf. Saya tak sengaja." kata pemuda itu. " Tak apa." balas Dya. Dya terus bangun berdiri setelah melihat pemuda itu mengambil Surah Yasinnya serta Surah Yasin milik pemuda itu sendiri. " Nah, ini yang awak punya. Maaf terlanggar awak tadi. Sakit ke kepala awak tu?" tanya pemuda itu setelah menyerahkan Surah Yasin kepunyaan Dya dan dia melihat Dya sedang menggosok kepalanya sendiri. " Eh, terima kasih. Kepala saya ni? Tak apa. Sikit je." balas Dya sambil berlagak slamber dihadapn pemuda tadi. " Sakit la siot! kepala keras macam batu. Ni mesti tak dengar kata mak dengan ayah." kata Dya dalam hati. " Owh, bagus la. Nama saya Zaid. Nama awak?" tanya Zaid kepada Dya. " Panggil je Dya." balas Dya pendek sambil beransur keluar dari tanah perkuburan tersebut. " Owh. Melawat kubur siapa tadi?" tanya Zaid. " Kubur arwah nenek. Awak pulak?" balas Dya semula. "Kubur teman." jawab Zaid dengan nada sedih. Dya melihat raut wajah Zaid terus berubah apabila ditanya begitu. " Owh, teman istimewa ke?" tanya Dya. Zaid hanya tersenyum sambil berkata, "Cukup istimewa. Dia kekasih saya. Nadia Syafiqah. Meninggal akibat kemalangan 2 tahun lepas." balas Zaid. " Owh, maaf la kalau pertanyaan saya tadi membuatkan awak rasa sedih." kata Dya. " Tak apa. Ok la Cik Dya, saya mintak diri dulu. Dah lewat ni." balas Zaid. " Baik lah. Jumpa lagi." balas Dya sambil meneruskan perjalannya menuju kearah keretanya yang terletak di seberang jalan.
" Tengku Dya Amirah!"
" Opocot mak engaku beranak!" latah Dya sambil mengurut dadanya akibat rasa terkejut yang teramat. Pecah tawa Zaid apabila terdengar latah Dya. "Gila la mamat ni, dah la buat aku terkejut separuh mati tadi. Boleh pulak dia gelakkan aku. Dah la gelak tu kuat macam apa. Silap hari bulan boleh pecah Coffee House ni. Bersepai habis kenangan aku tadi.huhu" kata Dya dalam hati. " Apa la kau nie Dya. Muda-muda dah latah. Tua nanti tak tau la aku." kata Zaid sambil bergerak menuju ke tempat duduknya di dalam pejabat itu. " Kau ni Zaid teruk la, dah la masuk tadi tak boleh ke bagi salam. Aci main sergah je. Buat aku terperanjat je. Nasib baik tak ada serangan jantung. Kalau tak, terpaksa la kau cari pekerja baru." balas Dya dengan kasar dan meletakkan kembali bingkai gambar tadi ke tempat asalnya semula dan berjalan menuju ke tempat duduk yang berhadapan dengan meja kerja Zaid. " Punya la lama aku berdiri depan pintu tu kau boleh tak perasan? Dah banyak kali tau aku panggil nama kau. Ralit betul kau tengah berangan tadi sambil pengang gambar tu." kata Zaid sambil duduk ditempatnya dan menoleh seketika kearah bingkai gambar arwah kekasihnya yang berada di tepi komputer kerjanya."Hehe.. Sorry la Zaid aku sentuh barang kau. Cantik juga awek kau dulu." puji Dya. " Memang la." balas Zaid dengan nada riak. "Eh, perasan la pulak mamat nie. Blah la!" kata Dya kasar. Sekali lagi tawa Zaid pecah dan lebih kuat berbanding tadi. Gila!
"Eh, apa hal kau suruh aku masuk pejabat kau ni?" tanya Dya tanpa menghiraukan gelak tawa Zaid. "Aku nak tanya kau, kenapa kau suka gaduh dengan Zamir? Jarang aku nampak kau berbaik dengan dia." tanya Zaid sejurus ketawanya reda." Gila kau! Kau nak aku berbaik dengan mamat sewel tu? Sorry la kawan. Aq takkan berbaik dengan dia. Menyakitkan hati je" balas Dya dengan nada marah. " Ala, relaks la Dya. Jangan la marah. Aku tanya je. Kau ni, sikit-sikit nak marah, nak melenting. Stay cool ok? Kau ni jauh berbeza dengan Dya yang aku kenal dulu. Masa pertama aku jumpa kau kat tanah perkuburan. Tak ada la kasar macam ni. Nampak ayu je." kata Zaid sambil melepaskan tawanya apabila mengenangkan saat pertamanya bertemu Dya. Yang teruknya,   Dya merupakan adik kepada Tengku Aliff Aiman sahabat baik Zaid dan Zamir. " Banyak la kau punya ayu." balas Dya sambil menarik muka masam apabila dikata begitu. Dya lebih senang membahasakan dirinya 'aku dan kau' dengan rakan-rakan baik abangnya. Lagi pun jarak antara umur mereka tidak jauh berbeza sangat. Abangnya tua setahun berbanding Dya dan kini belajar di Jepun. " Dya, bila Aiman balik?" tanya Zaid kepada Dya mengenai Tengku Aliff Aiman, abang Dya. " Mungkin 3 bulan lagi kot." balas Dya. "Zaid, aku keluar dulu la. Banyak kerja lagi nak kena buat. Karang tak pasal-pasal gaji aku kena potong.huhu." kata Dya sambil bangun dari kerusi. " Tau pun kau. Takut aku potong gaji. Siapa suruh kau lambat?" tanya Zaid kepada anak buahnya itu. " Ada hal tadi. Aku dah bagi tau kat Syafiq. Dia tak bagi tau kau ke?" tanya Dya. Dya dah maklumkan kedatangannya ke Coffee House hari ini agak lewat sikit kerana Dya pergi melawat kubur arwah neneknya. "Syafiq tak cakap apa-apa pun kat aku." balas Zaid. " Dia lupa la tu. Tak apa la Zaid, aku keluar dulu. Chow!" jawab Dya sambil meninggalkan pejabat Zaid dan turun ke tingkat bawah Coffee House untuk menyambung kerjanya. Zaid pula terus menyambung kerjanya yang tertunggak tadi selepas Dya keluar dari pejabatnya.

1 comments:

Unknown

eqah!!!!
mu senggang la sket perenggan tu
sian katku nok baco payoh
(ToT)...

Post a Comment

me? i'a a VIP!!!