CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 21, 2010

Cinta Coffee House Bab 3

" Zamir, kenapa dengan kepala kau tu? Benjol semacam je aku tengok." tanya Shafiq setelah mendapati Zamir keluar dari dapur dengan memegang kepalanya yang agak benjol. " Tak ada apa la. Kena mangkuk terbang." balas Zamir acuh tak acuh kepada pertanyaan Shafiq tadi. Tiba-tiba, terdengar tawa Shafiq yang agak kuat. " Ini mesti kena mangkuk terbang dengan Dya? Kau nie, tak habis-habis gaduh dengan Dya. Macam anjing dengan kucing." balas Shafiq dan dia dapat mengagak angkara siapa yang telah menyebabkan kepala Zamir benjol. " Gelak la gelak. Karang ada jugak orang yang kena kerusi terbang dengan aku." balas Zamir dan terus meninggalkan Shafiq dengan gelak tawanya. " Sorry la kawan. Aku gurau je la." jawab Shafiq setelah melihat mood Zamir tidak berapa baik. Shafiq terus menyambung kerjanya yang tertunggak tadi. Begitu juga dengan Zamir yang terus mengambil beberapa pesanan daripada pelanggan yang ada.

Dya turun daripada tingkat atas dan melihat sekeliling Coffee House yang mula dipenuhi dengan pelanggan. Dya melihat jam yang berada ditangannya yang menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. " Patut la ramai pelanggan, dah masuk waktu lunch hour." kata Dya dalam hati. Matanya sempat mengerling sekilas kearah Zamir. Begitu juga dengan Zamir. Pandangan mereka bertaut buat seketika. Dya cepat tersedar dari lamunannya yang ralit memerhatikan Zamir. Dya terus meninggalkan kawasan depan Coffee House tersebut. Dya terus masuk ke dapur dan mengambil apron yang tersangkut didinding lalu memakainya. "Hai Dya!" tegur Amri yang merupakan rakan kerjanya di bahagian dapur. Kebanyakkan pekerja Coffee House adalah lelaki kecuali Dya. Dya merupakan pekerja tunggal wanita dan Dya juga jarang menerima tugas menghantar pesanan atau mengambil pesanan daripada pelanggan. Dia lebih senang bekerja di bahagian dapur. " Hai Amri. Ada apa-apa yang boleh aku tolong?" tanya Dya kepada Amri setelah membiarkan Amri buat kerja seorang diri didapur kerana dia datang lewat ke tempat kerja. " Tolong buatkan hot chocolate with marshmallow untuk meja no 9." kata Amri kepada Dya sambil meneruskan kerja membuat waffle coklat.
Hot Chocolate with Marshmallow
Chocolate Waffle

" Amri, coklat panas dengan marshmallow untuk meja no 9 dah siap ke?" tanya Zamir kepada Amri yang hanya menjenguk kedalam dapur melalui tingkap besar yang telah disediakan untuk menghubungkan kawasan dapur dengan tempat mengambil pesanan makanan. " Kau tanya Dya. Dia yang buat tadi." balas Amri.  Dya hanya diam terpaku mendengar jawapan Amri. " Adush! Bala." kata Dya dalam hati. " Ehem. ehem.." Zamir berdehem buat seketika sambil melihat sekilas kearah Dya setelah mendengar jawapan Amri tadi. Dya hanya menoleh kearah Zamir buat seketika dan terus mengambil coklat panas dengan marshmallow yang telah disediakannya tadi lalu menyerahkannya kepada Zamir. " Thank you." kata Zamir lalu mengambil pesanan tadi dan dihantar kepada pelanggan.
" KAu gaduh dengan Zamir ke Dya?" tanya Amri kepada Dya. Dya menoleh sekilas kearah Amri lalu menyambung kerjanya kembali tanpa menjawab pertanyaan Amri. Amri hanya menggelengkan kepalanya melihat tindakan Dya tadi. " Apa-apa je la korang ni. Asyik gaduh je. Ada jodoh nanti baru tau." kata Amri dalam hati lalu menyambung kerjanya kembali.

1 comments:

Unknown

eqah!!!!!
aq pon terliur sama ngan hot choco with marshmallow ngan waffle tu!!!!!!

Post a Comment

me? i'a a VIP!!!