CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 17, 2010

Cinta Coffee House Bab 1

 Dya menoleh ke kiri dan ke kanan, bagi memastikan tiada sesiapa pun didalam dapur di Coffee House tersebut. " Fuh! Line clear! Mamat brutal yang sewel itu tak ada. Selamat hidup aku." kata Dya. Dya terjengket-jengket masuk ke dalam dapur di Coffee House itu. Tiba-tiba...
" Haahhh!!"
" Opocot mak engkau beranak! " latah Dya.
" Hahahaha... Minah mangkuk ayun nie melatah rupanya. Ape dia tadi? ' mak engkau beranak'?? ahahahha" gelak tawa Zamir memecah kesunyian di dapur di Coffee House tersebut.
" Gila kau! Nasib baik aku tak ada sakit jantung tadi kalau tak, dah lama aq jadi arwah!" marah Dya kepada Zamir setelah dia kembali tenang daripada rasa terkejut oleh sergahan Zamir.
" Siapa suruh kau masuk dapur ni macam pencuri? Dah la datang lambat, masuk macam pencuri, bila kena sergah baru tau takut! Lawak gila la muka kau masa terkejut tadi. Macam kartun!" kata-kata Zamir itu mendatangkan kemarahan dalam hati Dya. Tanpa rasa kasihan dan simpati, Dya melemparkan sebiji mangkuk tepat pada kepala Zamir. " Nah! Rasakan ni!" kata Dya dalam hati.
" Aduh!" Zamir mengaduh sambil memegang kepalanya yang terasa sakit akibat lontaran mangkuk oleh Dya. " Padan dengan muka kau! Sergah aku lagi. Dah la, blah la wei!" kata Dya sambil meninggalkan dapur itu.
" Kurang ajar punya pompuan! Kau ingat aku takut dengan kau lepas kau lempar mangkuk tadi? Aduh! Siap ko pompuan kurang ajar! Mangkuk ayun!" kata Zamir sambil menahan sakit di kepalanya. " Uwek!! Kau nak buat ape hah?? Aku tak takut la dengan kau! Mamat brutal sewel!" balas Dya. Dya terus berlari kearah ruang Coffee House. Belum sempat Dya berlari keluar, Zaid terlebih dahulu masuk kekawasan dapur.

" Eh, apa bising-bising nie? Dya, Zamir? Kenapa ni? Riuh semacam je. Sampai kat luar sana pun boleh dengar suara korang bertekak tau tak?" tegur Zaid sejurus mendengar pentengkaran diantara Zamir dan Dya di dapur. Zaid merupakan pengurus Coffee House yang diwarisi oleh bapanya Dato' Zaidi. Zaid juga merangkap sahabat baik kepada Dya dan Zamir.
" Kau tanya la kat pompuan gila mangkuk ayun nie!" balas Zamir sambil menjeling kearah Dya. Zaid terus berpaling kearah Dya yang berdiri berdekatan dengan peti ais yang berhampiran dengan pintu untuk masuk ke kawasan dapur dan berhadapan dengannya setelah mendengar jawapan Zamir. " Ala, tenang la kawan. Tarappapa punya. Saja gurau-gurau, mengeratkan hubungan silaturrahim la katakan." jawab Dya sambil menjeling kearah Zamir yang masih berdiri dihadapan singki sambil tangannya mengurut kepalanya yang sakit. "Eh Zamir, kenapa pulak dengan kepala kau tu? Nampak macam benjol aje." tanya Zaid kepada Zamir setelah mendapati ada satu benjolan besar diatas kepala Zamir. " Kau tanya la mangkuk ayun depan kau tu!" jawab Zamir. " Ala, sikit je tu. Esok dah tak ada la benjol kat kepala bodoh kau tu." jawab Dya setelah mendapati jawapan Zamir tadi lebih menjurus kearahnya. " Apa kau cakap tadi mangkuk ayun? Kau cakap kepala aku ni bodoh? Kau dah betul-betul kurang ajar Dya! Kau kata esok boleh hilang benjol ni? Kalau ada pendarahan dalam kepala aku ni macam mana? Siapa nak tanggung?" Amarah Zamir naik dengan memuncak setelah mendengar penghinaan oleh Dya. " Ala, kalau ada pendarahan kat dalam kepala kau tu lagi bagus. Terus tersumbat. Kau tu pun bukannya betul sangat. Tersumbat jugak!" balas Dya. Belum sempat Zamir hendak membalas kata-kata Dya, Zaid telah mencelah. " Dah! Korang ni asyik nak bertekak je. Dah la suara tu macam gunung  berapi nak meletup je. Sampai ke depan sana pun boleh dengar tau. Boleh bankrap perniagaan aku kalau macam ni terus. Mau lari semua pelanggan aku tau tak. Dah pergi buat kerja masing-masing! Kau Dya, aku nak jumpa kau kat pejabat aku sekarang." Dengan rasa marah yang teramat, Dya meninggalkan dapur dan terus menuju ke pejabat Zaid yang terletak di tingkat atas Coffee House tersebut dan bersebelahan dengan ruang VIP.
" Kau tak apa-apa ke Zamir?" tanya Zaid kepada Zamir setelah mendapati Dya jauh meninggalkan mereka di dalam dapur tersebut. " Aku ok je tapi kepala dengan hati aku sakit sangat-sangat dengan perangai si Dya mangkuk ayun tu." balas Zamir. "Sabar aje la. Ala, kau pun satu yang kau pergi sergah dia tu kenapa? Tengok, kan dah benjol kepala kau. Aku tengok makin besar kepala kau. Dah la kepala kau tu yang tersedia besar dah. Macam Shin Chan la pulak aku tengok." jawab Zaid sambil ketawakan Zamir. "Gila kau! Aku tengah sakit-sakit ni boleh lagi kau gelakkan aku. Tak guna punya Dya. Aku akan kerjakan kau satu hari nanti." kata Zamir. Zaid menggelengkan kepalanya apabila melihat sikap Zamir yang tidak mahu mengalah dengan Dya sambil menahan ketawa tetapi lepas mendengar jawapan Zamir tadi, tawanya pecah sekali lagi dan lebih kuat berbanding tadi. " Gelak la kuat-kuat! Gelak la. Biar pecah Coffee House nie. Dah la gelak macam pontianak nak beranak je. Aku rase boleh mati suami pontianak tu bila dengar suara kau gelak. Punya la kuat macam gunung berapi nak meletup ni. Gunung berapi pun tak bunyi macam ni." marah Zamir kepada sahabat baiknya itu sambil meninggalkan ruang dapur Coffee House dengan keadaan Zaid yang masih mentertawakannya. " Weh! Jangan la marah kawan. Relaks la." kata Zaid setelah mendapati Zamir meninggalkannya begitu sahaja. Dengan tawa yang masih bersisa Zaid terus keluar dan menuju ke arah pejabatnya yang berada di tingkat atas Coffee House. Sebelum naik ke tingkat atas, Zaid memerhati keadaan Coffee House tengah hari itu. Setelah mendapati kesemua anak buahnya sedang sibuk bekerja, begitu juga dengan Zamir biarpun kepalanya benjol akibat terkena mangkuk yang dibaling oleh Dya dia tetap bekerja dengan sempurna, Zaid terus naik ke tingkat atas.

1 comments:

Haruno Hana 하나

ahahahahaha
giler la dua org tu
gaduh cam x igt dunia!
xD

Post a Comment

me? i'a a VIP!!!